Saturday, June 16, 2012

RESEPI MUDAH: SUP IKAN MERAH

ASSALAMUALAIKUM.

Hai semua. tengah tengok bola yer? erm.. orang lain sebok tengok bola, aku pulak kelentang-kelentung main masak-masak dekat dapur sebab tak boleh tidur. hehe.  sebenarnya since dari kecil lagi memang 'suka' sangat tengok bola sebab suara pengulas tu boleh buat aku tidur lena. tapi akan kembali terkejut bila dengar ayah jerit GOAL!!!! =__=' 

Dah. jom belajar masak SUP IKAN MERAH. lupakan euro2012 untuk seketika..yummy! :P

BAHAN-BAHAN:

IKAN MERAH : 3 HIRIS
ASAM KEPING : 2 KEPING
HALIA : 1CM (DIHIRIS HALUS)
BAWANG PUTIH : 5 ULAS
BAWANG BESAR : 2 ULAS
CILI PADI : 5 BIJI
SUP TULANG ADABI : I PEKET.
TOMATO : 2 BIJI (POTONG WEDGES)


CARA-CARA:

  1. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama asam keping, halia dan bahan dalam sup tulang ADABI peket tu (ada sup bunjut,bunga lawang,kayu manis,bunga cengkih) hingga naik bau.
  3. Masukkan air. reneh seketika sampai mendidih. masukkan ikan.
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun sup. SIAP!


sebenarnya tak kisah kalau nak guna sup bunjut pun boleh. janji at last hasilnya adalah sup. jangan nak masak sup tapi jadi kari pulak. aiyoyoyo =___="


SELAMAT MENCUBA!! ^^

psst..esok nak belajar buat cookies raya pulak teheheh :P

AMBIK JARI TU PICIT LIKE CEPATT ^^

1 COMMENTS:

myra yusreena said...

dap ah dap ahhh :DD

Bagi komen sikit..

nahh.ambil choki-choki ni.main jauh-jauh. :) :)






 

Copyright © 2013 | Nurain Hasan | by Cik Bulat