Sunday, June 17, 2012

Cara Membuat MACAROONS..MACAROONS..MACAROONS!


ASSALAMUALAIKUM!


alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan berkat kesabaranku akhirnya berjaya jugak menghasilkan macaroons setelah tiga kali mencuba. ok ayat over kan? LOL. sabar ke? sampai nak terbalik dapur aku kerjakan. fuhh fuhh. tapi ok lah akhirnya jadi jugak walaupun tak berapa cantik. :) nak belajar tak?? nak belajar tak?

BAHAN-BAHAN :

  • 80gm telur putih
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
  • serbuk pewarna

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising. ketepikan.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk mixer tu telur tak jatuh)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan guna sudu. kacau sehingga sebati
  4. Masukkan adunan yg dah siap ke dalam piping bag  Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper yang dah dilukis bula-bulat guna duit 20sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
  5. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang bila dibakar.
  6. Biarkan permukaan macarons kering, bila sentuh tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit.
  7. Bakar dalam oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. Pastu sejukkan sebelum letak inti.

 Tips dari saya:
  1. kalau nak permukaan macaroons cantik dan licin, guna serbuk almond yang betul2 lumat hancur.kalau basah keringkan dahulu bawah matahari atau bakar sekejap dalam oven.
  2. buat macaroons kena sabar,biar dia rehat betul-betul dan sejuk betul-betul baru sentuh.
  3. jangan guna pewarna jenis cecair. guna yang jenis serbuk.takut adunan terlalu cair.
no wonder lah ramai suka makan macaroons, manis memang manis tapi dia macam liat-liat chewing gum. sedap sangat. nak beli? saya jual 2 SINGGIT! hehe..so SELAMAT MENCUBA!! ^___^

AMBIK JARI TU PICIT LIKE CEPATT ^^

13 COMMENTS:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

nmpk cm beli kat kedai laa..

Nurain Hasan said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) hahhaha xde lah smpai mcm tu sekali.kedai punya lagi cantik :)

sarah mohamad said...

Rajinnya buat macarons gabungan 2 kaler yg kontra hijau dan kuning niceeee!

Nurain Hasan said...

sebenarnya sebab warna ni je pon yg ada kt kedai hehe

Unknown said...

Pandainya kekek buat! Nak rasa!

Nurain Hasan said...

@Unknown tunggu kekek buat byk2 ek :) hee

Liyana Aziz said...

masa post kat fb ingat kak ain beli! huwaaaa... nak sikit!

Nurain Hasan said...

@Liyana Aziz ehem. kalau beli takdelah comot gini hehe

Ninie said...

filling dia guna apa? mcm nutella je :D tp nmpk sedap!

Nurain Hasan said...

hehe mmg nutella pun .:)

Natasha said...

Hai dear..would like to share my link on the thecnique to prepare macarons (inclusive photos). Practice with patience. Good luck :))

http://natashabintikhalil.blogspot.com/2013/02/french-macarons-step-by-step-with-photos.html

NATASHA

Natasha said...

Hai dear..would like to share my link on the technique to prepare macarons (inclusive photos). Practice with patience. Good luck :))

http://natashabintikhalil.blogspot.com/2013/02/french-macarons-step-by-step-with-photos.html

NATASHA

nabila bella said...

senang x nk buat macaroon ni?? sbb tgok kt dalam tv tu mcm susah jer..

Bagi komen sikit..

nahh.ambil choki-choki ni.main jauh-jauh. :) :)






 

Copyright © 2013 | Nurain Hasan | by Cik Bulat